Estrogen pendinding kesihatan wanita

Posted by BioVCO on 19:31 with No comments

Mengikut kajian penyelidik mengenai jangka hayat penduduk dunia mendapati golongan wanita mempunyai umur yang lebih panjang berbanding kaum lelaki.

Percaya atau tidak, dari 190 negara yang terdapat di dunia ini, hanya lima buah negara yang mencatatkan tempoh hayat lelaki melebihi wanita.

Jangka hayat panjang kaum Hawa juga turut dikaitkan dengan kekuatan sistem tubuh wanita yang kebal daripada serangan penyakit.

Berikut merupakan kajian yang dilakukan membabitkan golongan wanita yang mempunyai kurang risiko menghidap beberapa jenis penyakit:

Penyakit Parkinson

Berdasarkan kajian dari Universiti Virginia, Amerika Syarikat (AS) mendapati golongan lelaki lebih cenderung menghidap penyakit Parkinson kerana penghasilan estrogen melindungi wanita daripada gangguan neuro degeneratif.

Dalam kajian yang sama juga mendapati, bagaimanapun jika seseorang wanita itu menghidap penyakit Parkinson gejalanya lebih besar kerana mereka akan mengalami keletihan yang kronik.

Kanser hati

Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS wanita kurang berisiko menghidap penyakit kanser hati.

Statistik pada tahun 2010 menunjukkan kadar insiden yang melibatkan golongan lelaki adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada wanita.

Penyelidik dari Universiti Bologna, Itali telah membuat kajian terhadap 417 pesakit.

Barah kulit

Menurut Institusi Kebangsaan Kanser AS kira-kira 68,000 penduduk di negara itu disahkan menghidap penyakit melanoma (barah kulit yang berbahaya).

Daripada jumlah itu, hampir 39,000 atau 57 peratus ialah lelaki. Salah satu punca kurangnya pesakit dalam kalangan wanita adalah disebabkan golongan itu sentiasa mengambil langkah pencegahan melindungi kulit mereka.

Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 31,428 penduduk di negara itu mendapati hampir 11 peratus golongan wanita memberitahu mereka berteduh daripada sinaran matahari berbanding enam peratus lelaki.

Sementara itu, penyelidik dari Universiti perubatan Texas pula mendapati, kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit itu merupakan golongan yang berpendapatan tinggi kerana mereka sentiasa mendedahkan diri dengan cahaya matahari.

JUMLAH lelaki yang menghidap barah hati adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Penyakit esofagus

Menurut penyelidik dari Universiti Perubatan Texas wanita juga dilihat kurang menghidap penyakit esofagus iaitu kerosakan akibat asid dalam perut.

Perkara itu disebabkan hormon seks wanita boleh melindungi wanita daripada menghidap penyakit itu.

Walau bagaimanapun, para pengkaji memberitahu kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk mendapat keputusan yang sebenar.

Kanser kepala dan leher

Satu pertiga wanita dilihat berkemungkinan menghidap penyakit kanser kepala dan leher.

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan Institusi Kebangsaan Kanser AS mendapati, penyakit itu lebih cenderung menyerang perokok lelaki berbanding perokok wanita.

Penyelidik membuat kesimpulan ia disebabkan hormon estrogen dan progesteron yang tinggi dalam tubuh wanita menyebabkan mereka kurang berisiko menghidap penyakit itu.



  1. Penyakit dan masalah Tiroid - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/penyakit-masalah-tiroid.php
    Translate this page
    TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir ...
  2. Info Kesihatan - Penyakit thyroid - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/info/penyakit-thyroid-1.html
    Translate this page
    Orifera VCO - Virgin Coconut Oil - Minyak Kelapa DaraORIFERA Virgin Coconut Oil, Nature's Gift To Mankind ! Orifera, Virgin Coconut Oil, VCO, Spirulina, ...
  3. BioVCO.Com : Penyakit Resdung
     

    www.biovco.com/resdung-index.php
    Translate this page
    Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan berhingus terutamanya pada waktu pagi dan berbau busuk. Ada seseternagh ...
  4. BioVCO.com
     

    www.biovco.com/
    Translate this page
    Mengurangkan risiko penyakit jantung kelebihan minyak ... Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia ...
    You and one other person +1'd this
  5. BioVCO.Com : Penyakit Resdung
     

    www.biovco.com/resdung-2d.php
    Translate this page
    ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan ...
  6. Penyakit tiroid | thyroid tiroid - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/mkd/penyakit-tiroid.php?ref...
    Translate this page
    Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali triiodotironine ...
  7. Cara kawal sakit gout - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/penyakit-gout.php?ref=4yg130711
    Translate this page
    BIASANYA apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat 'wajib' yang diberi doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap ...
  8. Info Kesihatan - Penyakit Asma - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/kesihatan/penyakit_asma.html
    Translate this page
    Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakitparu-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran ...
  9. Psoriasis penyakit kulit bersisik - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/kesihatan/penyakit_kulit.html
    Translate this page
    JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang ...
  10. Info Kesihatan : Info dan Maklumat Produk BioVCO
     

    www.biovco.com/artikel.php
    Translate this page
    Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% organik kerana ia diperolehi dari ... Selain itu, air kelapa pula bekhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam ...